Friday 14 December 2012

Cerita Nombor.

 



sumber: KSSR (contoh modul p&p) Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM


Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang

Sejarah Perkembangan Nombor.  


Nombor ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau kuantiti. Nombor-nombor masa kini adalah dinatakan dengan angka-angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Kita  menulis nombor dengan cara mengumpulkan angka-angka dalam unit, puluhan, ratusan, ribuan dan  sebagainya. Oleh itu, nombor yang kita gunakan sekarang digolongkan dalam sistem perpuluhan.

Mengikut sejarah (peringkat Pra-Sejarah Nombor), manusia zaman purbakala menggunakan batu-batu kecil, garisan-garisan yang dilukis di atas dinding gua atau batang kayu, atau membuat simpulan pada utas tali dan sebagainya untuk melambangkan bilangan harta mereka.

Manusia mula menggunakan simbol untuk mewakili nombor kira-kira 5000 tahun yang lalu. Dengan berlalunya zaman demi zaman, manusia di tempat-tempat tamadun kuno seperti Mesir, Babilon, Yunani, Rom, Maya, China, India dan Timur Tengah telah mencipta pelbagai sistem penomboran seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah berikut.

Sistem nombor yang kita gunakan pada masa kini adalah berdasarkan daripada Sistem Penomboran Hindu-Arab. Sistem Penomboran Hindu-Arab mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Sepanyol pada pertengahan abad ke -10. kecuali sifar (0), bentuk angka-angka Hindu-Arab adalah serupa dengan sistem penomboran masa kini. Di dalam Sistem Penomboran Hindu-Arab, simbor sifar (0) ditulis dengan bentuk titik (.).

Penciptaan simbol sifar (0) merupakan suatu sumbangan yang besar dalam sejarah perkembangan nombor. Dengan adanya simbol sifar (0) ini, sebarang nombor dapat diwakili dengan sepuluh angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9, sahaja.



Thursday 13 December 2012

Bahasa Matematik.

Suatu sifat istimewa yang terdapat dalam matematik ialah matematik mempunyai bahasa atau simbol dan operasinya yang tersendiri. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal untuk membolehkan ilmu matematik dikembang dengan lebih pesat. Simbol dan ungkapan matematik yang dicipta menjadi operasi matematik lebig ringkas demi memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia yang menggunakannya.

Bahasa Matematik merangkumi dua unsur utama iaitu: istilah matematik dan simbol matematik. 
  • Istilah matematik - nama-nama khusus yang  diberikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik.  
  • Misalnya: Operasi - penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian; Unit ukuran - meter dan sentimeter, kilogram dan gram, jam dan minit; Hukum matematik -  hukum tukar tertib dan hukum sekutuan; Bentuk geometri - segitiga, segiempat, piramid dan kon; Sistem nombor -  nombor genap dan nombor ganjil.
  • Simbol matematik - lambang-lambang yang digunakan untuk mewakili konsep, idea, istilah atau operasi matematik.
  • Biasanya, tatanda yang digunakan ialah huruf-huruf abjad atau lambang-lambang.
  • Contohnya: % mewakili konsep peratus; {  } mewakili idea set; ml mewakili ringkasan mililiter.
Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang
Menurut Piaget, bahasa matematik merupakan perkara yang abstrak dan hanya murid-murid dalam peringkat operasi formal (peringkat sekolah menengah) sahaja boleh memahaminya secara langsung. Murid-murid dalam peringkat konkrit tidak boleh memahami simbol matematik yang abstrak. Oleh yang demikian pengajaran bahasa matematik harus dikaitkan dnegan bahan konkrit dan bahan bantu mengajar.

Menurut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mdah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Misalnya, unit luas boleh diperkenalkan dengan 'persegi' dahulu.

Bahasa matematik memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik kerana semua fakta konsep, operasi dan hukum matematik adalah diwakili oleh bahasa matematik.

Contoh Simbol dan Unit Matematik:
  • = (sama dengan) 
  • < (lebih kecil daripada)
  • > (lebih besar daripada)
  • a.m. (waktu di antara 12.00 tengah malam dengan 12.00tengah hari)
  • p.m. ( waktu di antara 12.00 tengah hari dengan 12.00 tengah malam)
  • kg (kilogram)
  • g (gram)
  • mm (mililiter)
  • cm (sentimeter)
  • m (meter)
  • km (kilometer)

Peranan Dan Kepentingan Matematik.

    sumber dari pengajian matematik, Mok soon Sang
  • Suatu cara yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai.
  • Juga merupakan suatu badan ilmu yang berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis.
  • Menjadi alat dalam kehidupan harian manusia untuk menyelesaikan masalah harian, membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial, mereka bentuk yang menarik dan seimbang.
  • Juga menjadi alat yang berguna untuk membantu sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling.
  • Satu cara berfikir yang sistematik untuk melatih manusia bertaakul secara logik dan rasional.
  • Perkembangan matematik dan menguasai kemahirannya menjadi asas kemajuan negara. Misalnya rakyar dilatih dengan kemahiran matematik yang mendalam berupaya menjalankan tugas kompleks dengan cekap dan berkesan, khasnya dalam bidang kerja pengurusan dan pentadbiran.

Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang

Sunday 25 November 2012

Pengenalan.

Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang
Matematik mengandungi 2 unsur  yang utama, iaitu simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa Matematik yang lain) serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan Matematik digunakan untuk menjalankan operasinya. Dengan kata lain, Matematik boleh diertikan sebagai satu cara yang sistematik yang membolehkan manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi.