Bahasa Matematik.
Suatu sifat istimewa yang terdapat dalam matematik ialah matematik mempunyai bahasa atau simbol dan operasinya yang tersendiri. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal untuk membolehkan ilmu matematik dikembang dengan lebih pesat. Simbol dan ungkapan matematik yang dicipta menjadi operasi matematik lebig ringkas demi memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia yang menggunakannya.Bahasa Matematik merangkumi dua unsur utama iaitu: istilah matematik dan simbol matematik.
- Istilah matematik - nama-nama khusus yang diberikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik.
- Misalnya: Operasi - penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian; Unit ukuran - meter dan sentimeter, kilogram dan gram, jam dan minit; Hukum matematik - hukum tukar tertib dan hukum sekutuan; Bentuk geometri - segitiga, segiempat, piramid dan kon; Sistem nombor - nombor genap dan nombor ganjil.
- Simbol matematik - lambang-lambang yang digunakan untuk mewakili konsep, idea, istilah atau operasi matematik.
- Biasanya, tatanda yang digunakan ialah huruf-huruf abjad atau lambang-lambang.
- Contohnya: % mewakili konsep peratus; { } mewakili idea set; ml mewakili ringkasan mililiter.
Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang |
Menurut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mdah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Misalnya, unit luas boleh diperkenalkan dengan 'persegi' dahulu.
Bahasa matematik memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik kerana semua fakta konsep, operasi dan hukum matematik adalah diwakili oleh bahasa matematik.
Contoh Simbol dan Unit Matematik:
- = (sama dengan)
- < (lebih kecil daripada)
- > (lebih besar daripada)
- a.m. (waktu di antara 12.00 tengah malam dengan 12.00tengah hari)
- p.m. ( waktu di antara 12.00 tengah hari dengan 12.00 tengah malam)
- kg (kilogram)
- g (gram)
- mm (mililiter)
- cm (sentimeter)
- m (meter)
- km (kilometer)