Friday 14 December 2012

Sumber dari pengajian matematik, Mok Soon Sang

Sejarah Perkembangan Nombor.  


Nombor ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau kuantiti. Nombor-nombor masa kini adalah dinatakan dengan angka-angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Kita  menulis nombor dengan cara mengumpulkan angka-angka dalam unit, puluhan, ratusan, ribuan dan  sebagainya. Oleh itu, nombor yang kita gunakan sekarang digolongkan dalam sistem perpuluhan.

Mengikut sejarah (peringkat Pra-Sejarah Nombor), manusia zaman purbakala menggunakan batu-batu kecil, garisan-garisan yang dilukis di atas dinding gua atau batang kayu, atau membuat simpulan pada utas tali dan sebagainya untuk melambangkan bilangan harta mereka.

Manusia mula menggunakan simbol untuk mewakili nombor kira-kira 5000 tahun yang lalu. Dengan berlalunya zaman demi zaman, manusia di tempat-tempat tamadun kuno seperti Mesir, Babilon, Yunani, Rom, Maya, China, India dan Timur Tengah telah mencipta pelbagai sistem penomboran seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah berikut.

Sistem nombor yang kita gunakan pada masa kini adalah berdasarkan daripada Sistem Penomboran Hindu-Arab. Sistem Penomboran Hindu-Arab mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Sepanyol pada pertengahan abad ke -10. kecuali sifar (0), bentuk angka-angka Hindu-Arab adalah serupa dengan sistem penomboran masa kini. Di dalam Sistem Penomboran Hindu-Arab, simbor sifar (0) ditulis dengan bentuk titik (.).

Penciptaan simbol sifar (0) merupakan suatu sumbangan yang besar dalam sejarah perkembangan nombor. Dengan adanya simbol sifar (0) ini, sebarang nombor dapat diwakili dengan sepuluh angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9, sahaja.



2 comments: